
![]() ![]() Never mind, I'll find someone like you, I wish nothing but the best for you, too Don't forget me ►Tutorial + Freebies+ Tips ► Friends. ► Entries , ![]() Cbox or Shoutmix Here , Baby ! =D ![]() Template By : RazHaikalRadzi Blogskin : RazhaikalRadzi Re-Edit By : ME
| Thursday, 2 August 2012 | 16:34 | 0COMMENTS
![]() Hari ini, 3 Ogos 2012, bersamaan 14 Ramadhan 1432 Hijrah. Dah lama tak on9 blog.. Maklumlah bdk asrama, kalau nk balik 1 minggu skali jer.. Apa nak sampaikan kat sini, sempena ramadhan ni buatlah amal banyak banyak,, kalau kita buat amal ALLAH akan gandakan dari 10 hingga 700 gandaan. Seringkali kita dengar bahawa bulan Ramadan itu merupakan bulan tarbiyah. Ia menjadi satu medium untuk kita memperbaiki diri menjadi muslim sejati, satu bulan yang sangat membantu kita untuk melakukan refleksi diri, untuk menilai diri kita dan melihat di tahap mana ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Oleh sebab itu, rutin harian kita juga perlu diubah dan ditambah baik agar erti kesempurnaan bulan Ramadan itu benar-benar kita rasai. Antara perkara yang perlu kita perbaiki adalah jadual untuk melaksanakan amalan wajib. Jikalau selama ini kita sering solat pada akhir waktu, ubahlah diri kita untuk menjadi orang pertama yang berada di atas tikar sembahyang. Teringat saya akan kata-kata seorang teman, "Biar kita yang menunggu waktu solat. Jika dahulu begitu sukar bagi kita untuk membuka helaian Al-Quran (apatah lagi untuk membacanya), maka, bulan Ramadan inilah bulan yang sepatutnya kita gunakan setiap masa dengan sebaiknya untuk menjadikan Al-Quran sebagai teman karib dan sahabat kita walau di mana kita berada. Firman Allah SWT: "Dan baca serta turutlah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu; tiada sesiapa yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya." Bacaan Al-Quran yang dihayati dengan sebaiknya, mampu melembutkan hati kita untuk kembali kepada fitrah Ilahi. Kisah pengislaman Saidina Umar RA boleh dijadikan contoh terbaik. Saidina Umar RA yang begitu keras hatinya dan selalu mencari jalan untuk menentang Rasulullah SAW akhirnya memeluk Islam setelah membaca surah Taha: "Taa' Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy." Seterusnya, amalan bersedekah. Sedekah merupakan suatu pemberian kepada orang lain. Sedekah itu suatu yang subjektif. Ramai insan masa kini yang menyalahtafsirkan erti sedekah yang sebenarnya. Sedekah bukan sahaja dari segi kewangan, memberi wang kepada orang lain, harta benda dan sebagainya. Bahkan, senyuman juga dikira sebagai sedekah. Membuang sesuatu yang menghalang di jalanan juga sedekah. Mengajarkan sesuatu yang bermanfaatkan kepada orang lain juga dikira sebagai sedekah. Firman Allah SWT: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya..." Justeru, jadikanlah bulan Ramadan kita sebagai satu bulan yang penuh dengan keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT. Jadikanlah ia titik permulaan untuk kita tarbiyah diri kita. Semoga kita dapat beristiqamah dalam meneruskan amalan kita sehingga pada bulan-bulan seterusnya, insya-Allah. |